Mendidik-anak-mengikut-sunnah-rasullah-swt

Saidina Ali bin Abi Talib RA, sepupu dan menantu kepada Nabi Muhammad S.A.W. merumuskan cara-cara untuk melayan anak:

PERTAMA : ANAK SEBAGAI RAJA (Umur 0-7 Tahun)
Anak yang baru lahir sehingga berumur 7 tahun haruslah dilayan seperti Raja. Layani dia dengan sepenuh kasih sayang. Dia akan mencontohi kelakuan kita.

Rasulullah S.A.W. menyuruh kita memanjakan, dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

Apabila dia melakukan kesilapan jangan memarahinya, gosokkan badannya dengan kesabaran.Jangan terkejut apabila dia menyentuh anda ketika anda merasa penat.

Oleh itu, apabila kita sentiasa berusaha sepenuh hati untuk menggembirakan anak-anak yang belum berusia tujuh tahun, In shaa Allah, dia akan membesar menjadi seorang yang menyeronokkan, penyayang dan bertanggungjawab kerana jika kita suka dan melayan mereka sebagai raja, maka dia akan suka dan melayan kita sebagai raja dan ratu.

KEDUA : ANAK SEBAGAI TAWANAN (Umur 8-14 Tahun)
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Menurut hadis Abu Daud, “Jika meninggalkan solat, pukul mereka di tempat yang tidak akan memalukan mereka seperti di muka dan jangan pukulan itu sehingga membuatkan kulit mereka terluka atau sehingga tulang dan gigi mereka patah”

Tawanan perang dalam Islam, sangatlah dihormati. Di usia 8-14 tahun anak-anak diberikan hak, tanggungjawab dan kewajipan khas, seperti bersolat wajib, memakai pakaian bersih, kemas dan menutup aurat, menjaga pergaulan, membaca Al-Quran, membantu kerja rumah yang mudah, menerapkan displin & memberi penghargaan dan hukuman (hadiah pujian dan hukuman/teguran) yang sesuai.

KETIGA : ANAK SEBAGAI SAHABAT (umur 15-21 tahun)
Ketika umurnya berusia 15 tahun, jadilah sahabatnya dan beri contoh yang baik seperti yang diajar oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.Fahami bahawa dia ialah seorang remaja yang meningkat dewasa.Perlu diberitahu tentang perubahan fizikal, perubahan mental, rohani, sosial, budaya dan alam sekitar.

Kita mesti membina kesedaran dalam diri anak-anak bahawa selepas akil baligh, dia sudah mempunyai buku amalannyanya sendiri yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T. di hari akhirat kelak.

Anak-anak selepas akil baligh harus diberi lebih ruang, namun tetap di dalam pengawasan ibu bapa.Berikan kepercayaan kepada mereka dengan tanggungjawab yang lebih berat, agar masa depan mereka lincah, bebas, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

ANAK MELEBIHI 21 Tahun
Pada masa ini, ibu bapa sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi pantaulah perkembangannya. Berikan nasihat dan peringatan apabila anak tersalah atau alpa.

Semoga Allah SWT memberikan kita anak-anak yang soleh dan solehah juga berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.
“Ya Rabbku, beri­lah kepadaku dari sisi Engkau keturunan yang baik. Sesungguhnya engkau adalah Maha Mendengar Doa.” (Al-Quran, Ali Imran: 38).

** Sumber: FB Alhabib Quraisy Baharun

Minyak-Bebe-2

Dibawakan oleh Minyak BeBe Anugerah. Atasi bayi menangis malam, perut kembung dan rasa tidak selesa. Insya Allah.

Hubungi: 019-222 7006

Facebook Comments