Set Bersalin Normal Anugerah

Semenanjung RM199.00
Sabah/Sarawak RM204.00

Availability: Out of Stock

MYR204.00
Description

Details

Saat kelahiran si comel adalah detik yang menggembirakan buat ibu-ibu semua. Namun begitu, aspek kesihatan diri luaran dan dalaman selepas bersalin adalah kritikal dan perlu dijaga.

Herba-herba tradisional yang diwariskan daripada nenek moyang adalah kaedah terbaik semasa berpantang. Ibu mendapat penjagaan rapi untuk mengembalikan tubuh badan kepada sedia kala.

 

Set Bersalin Normal Anugerah mengandungi :

   1.  1 Botol Minyak Telon Anugerah 50 ml  

  • Menghangatkan tubuh bayi, melembab dan melembutkan kulit bayi.  
  • Menghindari bayi daripada mengalami kesejukan yang boleh menyebabkan kembung perut, angin pasang dan sawan angin. 
  • Melindungi bayi dari gigitan nyamuk dan serangga.  
  • Dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut.

 

2.  1  Botol Minyak Pilis Anugerah 30 ml   

  • Membantu ibu menghilangkan sakit kepala, kabur mata dan angin. 
  • Melegakan sakit otot, melancarkan pengaliran darah dan memberikan kesan panas. 
  • Didatangkan dalam bentuk minyak supaya mudah meresap ke dalam badan dengan aroma yang nyaman dan menenangkan.  
  • Dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avokado.

 

 3. 1  Botol Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250 ml  

  • Membantu mengecutkan rahim, membuang angin dan toksin serta menghilangkan bisa-bisa di dalam badan.  
  • Merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak.  
  • Meningkatkan tenaga dalaman dan melancarkan kembali kitaran haid.   
  • Dihasilkan daripada temulawak, lada pintal, herba kayu serapat dan tahi angin.

 

   4. 1   Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml  

  • Membantu mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tak menentu.
  • Membantu mendapatkan semula bentuk badan yang diidamkan dan menghilangkan garis-garis hitam (stretch mark) pada kulit.
  • Tekstur losyen yang lembut, halus dan tidak melekit memudahkan penyerapan ke dalam kulit untuk mempercepat proses pemulihan.
  • Dihasilkan daripada minyak kayu putih, limau purut, serai wangi, daun bidara dan minyak avokado.

 

 5.  1  Botol Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml  

  • Mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.  
  • Membantu mengurangkan sakit sendi, bengkak, senggugut, sakit pinggang dan 'ular-ular'.  
  • Meningkatkan semula tenaga setelah bersalin.   
  • Dihasilkan daripada lengkuas, minyak avokado, halai bara dan serai.

 

  6. 6  Uncang Mandian Sauna Herba Anugerah  

  • Mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan.  
  • Membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin.  
  • Melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit.   
  • Dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin.

   

 7. 1  Botol Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100 ml  

  •  Mengelakkan jangkitan kuman pada luka dan faraj.  
  •  Digunakan untuk membersihkan faraj dari darah nifas selepas bersalin  
  •  Membantu merawat masalah keputihan, menghilangkan bau dan gatal-gatal.  
  •  Menolong mengetat dan merapatkan otot-otot sekitar faraj yang kembang selepas bersalin.  
  •  Dihasilkan daripada ekstrak sireh, ekstrak pinang, manjakani dan herba serapat
Testimonial

Quick Overview

-